Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 28 April 2012

Pantun Terbaik, Hadiah Topup RM10 dan RM5 Untuk Pemenang

Mahadzir Hashim Pantun terbaik hadiah t.up 10. Kedua 5rgt. Sbb payah sikit kita tutup penyertaan pd Ahad 8 mlm. Pemenang akn dipilih sndiri olh ahli group dgn cara voting. Tapi sya ketua juri lee.. Dimulakan


Antara pantun yang dipost oleh ahli ialah :-


Pakndak Kt waktu pagi mengetam padi... padi di tanam di tanah rata... jangan diharap setianya hati... boleh berubah sekelip mata.


Pakndak Kt hendak belayar ke pulau sembilan... pakai dayung kayu jati... memang benar kata bidalan... ikut hati membawa mati.


Syam Syun burung kenari terbang tinggi, singgah sebentar di pohon durian, kalau sudah berkenan di hati, jangan disimpan dihati tuan..


Umi Solha Abu Hanifah Syam Syun: singgah sebentar di pohon durian, sebelah durian ada pulasan, bukan sengaja disimpan perasaan, takut hamba bertepuk sebelah tangan


Midzie Saari pulau tuba banyak perahu,perahu pula dikatakan sampan.
belum cuba manakan tahu,jangan pula lama disimpan.



ShiMa Azlan Jgn selalu simpan dhati..nnti idup tidak keruan..luah kn saja bru lega nnti..salam jmaat bwt teman teman..


Pakndak Kt pintal pintal tali belati... hendak mengikat pohon tembusu... siat sekali tali jerami...kita sudah berkenan di hati... orang di sana diam membisu... bikin bungkam hati kecil ini.


Syam Syun Setiap pagi sarapan pagi, Sarapan pagi di kedai kopi, Sudikanlah saudari berkenan di hati, sebagai kawan dan sahabat sejati. <-- boleh tera tu..... haha


Umi Solha Abu Hanifah hendak mengikat pohon tembusu, siat sekali tali jerami, tersilap siat tercucuk semalu, bukan niat diam mebisu, bukan hasrat menggundahi hati, takut diri menanggung malu


Midzie Saari mencari kayu membuat hulu,hulu pula menjadi sejarah,
janganlah tuan merasa malu, sudi nya tuan memberi meriah.



Pakndak Kt tersilap siat tercucuk semalu... darah menitik sampai ke senja... jangan puan bersa malu... hidup kita pasti bahagia.


Pakndak Kt anak cina mendaki bukit... kerana hendak menanam kundur... kasih kekanda bukan sedikit.... kalau boleh mati sekubur.


Pakndak Kt banir diikat dengan jerami... siat sekali jangan terbelah... walau petir membelah bumi... niat di hati adinda jangan berubah.


Umi Solha Abu Hanifah terjerat seekor dipukat rawan, diberi bersarang dalam taman, mana sahaya tahu apa dihati tuan, ikhlas tuan sahaya kenang berzaman


Syam Syun Burung Kenari diatas perigi, bermain-main sambil melawan, niat dihati makan kfc, bila la Ieraszz Iera nak ajak makan... <-- boleh tera tu... "like" kan


Mahadzir Hashim Tersasar bahasa hamba,kesisi hamba melutut,dimaafkanlah hamba,bukan dihati ada maksud


Umi Solha Abu Hanifah terkasar bahasa tersilap bicara, adat biasa percakapan mulut, niat hamba bergurau cuma, tiada berbekas tiada berparut


Syam Syun buka internet di kedai buku, ajak bersama Midzie Saaridan Shaiful Akmal waktu petang, niat dihati nak kumpulkan geng facebook, untuk kemajuan GFB Pendang. <-- boleh tera tu ? "like"


Rosni Ani buah larat masak merah, buah keranji dlm perahu,hati didalam luka berdarah,tiada siapa yg ambik tahu...


Iema Wanshafie Mulanya duka menjadi lara,
Teman tiada hanyalah sendu;
Bila GFB Pendang mula menyapa,
Itulah tanda kita bersatu.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.



Mahadzir Hashim Umi Solha Abu Hanifah,
Gelang emas sigelang suasa
Limau manis tampak bersari
Sopan bahasa cantiknya rupa
Ditengah majlis nampak berseri



ShiMa Azlan pegi kedai bli nangka..
beli ntk buat gulai..
syg awek bpada pada..
jgn tlampau sgt mmbelai...



Mohammad Ridzuan Yahya Malam in makan kenduri
Menu laksa dgn bihun
GFP Pendang bersatu hati
Teka teki sampai bingun



Shaiful Akmal Pergi mengejar kerbau balar,
Hendak disembelih buat korban,
Ketika belajar kita belajar,
Jangan ikut bisikan syaitan.



Shaiful Akmal Pantun tak hilang pada serinya,
Jika boleh kita hayati,
Kasih ku tidak semasa berada,
Kasih yang luas tidak bertepi.



Shaiful Akmal Buah ceri buah kuini,
Jangan lupa pisang rastali,
Apa dicari ada disini,
Pandai-pandailah untuk mengenali.



Mahadzir Hashim Shaiful
Dimalam hari pasang kemiyan
Ditengah rmh pasang pelita
Klau hati sudah berkenan
Ku pujuk ku bomoh ku ambil juga



Shaiful Akmal <Mahadzir Hashim>
Kucing comel si kucing jalanan,
Mari mengorat si kucing dara,
Dimuka buku kita berkenalan,
Mengerat silaturrahim bertegur mesra♥



Dan banyak lagi..... 

Ahad, 22 April 2012

Tahniah Nizam Jusoh, Pemenang Teka Skor 21 April 2012



Pemenang Peraduan Teka Skor pada Perlawanan antara Kedah vs Kelantan
dengan Keputusan ( Kedah 1-1 Kelantan ) ialah Nizam Jusoh

Perfume

Hadiah 1 botol perfume un box disponser oleh Teratai Ungu

Tahniah dari kami Warga Group Facebook Pendang.

Isnin, 16 April 2012

Hari Ria Pelanggan Chin Hin di Pendang ( 28 April 2012 )



Datanglah beramai-ramai ke Chin Hin di Pendang.
Hari Ria Pelanggan.

JOM SERBU!!

Tahniah Nurul Farhana, Pemenang Kuiz "BACA BAGI BETUL"


Tahniah Nurul Farhana kerana berjaya memenangi hadiah berupa Topup RM5.
Terima kasih kepada Iema Wanshafie kerana sponser hadiah tersebut.

TERBAIKLAH GROUP FB PENDANG~~

Kuiz dan Hadiah dari Iema Wanshafie ( 16 April 2012 )


Terima kasih kepada Iema Wanshafie kerana sudi buat kuiz dan menaja hadiah
untuk ahli group fb Pendang. Sokongan anda amatlah kami hargai.
Dengan adanya kuiz dan hadiah begini, bertambah meriahlah group FB Pendang.

TERIMA KASIH DARI KAMI ADMIN GFB PENDANG

Komen Dari Ahli GFB Pendang ( 16 April 2012 )


Komen terpilih untuk dimuatkan dalam Blog GFB Pendang.

Pihak admin GFB Pendang sentiasa buat yang terbaik untuk ahlinya.
Jika ada cadangan dan aduan tentang Group ini, boleh msg admin2 yang ada
atau emailkan kepada : fbpendang@gmail.com 

Terima kasih kerana menyokong Group FB Pendang. 

Sabtu, 14 April 2012

PEMENANG TEKA SKOR, ( KEDAH 0-2 SARAWAK )


Pemenang Teka Skor, Kedah vs Sarawak pada 13.04.2012

http://gfbpendang.blogspot.com/2012/04/peraduan-teka-skor-antara-kedah-vs.html

Jawapan hampir tepat, Kedah 0-2 Sarawak ( Nama Penjaring tidak diteka )

Tahniah dari kami semua Admin dan Ahli GFB Pendang.

TAHNIAH!! MOHAMMAD RIDZUAN YAHYA

Jumaat, 13 April 2012

PERADUAN TEKA SKOR ANTARA KEDAH vs SARAWAK (13 April 2012)



Peraduan Teka Skor Menjelma lagi...
Perlawanan Bola Sepak Liga Super antara 
Kedah vs Sarawak di Darul Aman, Alor Setar. Kedah pada 13 April 2012. 

PERADUAN TEKA BILANGAN GOL DAN PENJARING GOL 
HADIAH :- ( 2 plate chicken chop+2 drinks, di Wadon Cafe' Pendang. Kedah. ) 
Sponser dari ahli : [ Fadziyal Hafiz Afandi Azizan ] 

 Peraduan ini terbuka kepada Admin dan Ahli Group FB Pendang. 
Peraduan ni senang sangat, hangpa hanya perlu meneka jumlah jaringan gol dan penjaring gol tersebut. 
Bagi yang dapat menjawab dengan betul atau hampir tepat, 
2 plate chicken chop+2 drinks adalah milik hangpa… 
Hanya sekadar suka-suka untuk Admin dan Ahli FB Group Pendang. 

 Terma & Syarat :-

1. Peserta adalah Admin atau Ahli Group FB Pendang. 
2. Isikan jawapan di kotak "komen". ( contoh:- Kedah 2-0 Sarawak, Penjaring : Hamidan 1, Safi 1 ) 
3. Hadiah akan diberikan kepada yang telah meneka dengan betul atau tekaan yang hampir tepat pada keesokkan hari selepas perlawanan tersebut. 
4. Peneka jawapan TERAWAL yang menjawab dengan betul atau hampir tepat akan dipaparkan di dalam FB Group Pendang berserta jawapan sebagai pemenang. 
5. Peserta dikehendaki menjawab sekali sahaja. Jika didapati menjawab lebih dari 1 kali, maka penyertaan hanya dikira pada post terawal. 
6. Admin tidak bertanggungjawab pada sebarang jawapan yang tidak sampai atau tidak berjaya dihantar. 
7. Peraduan ini tiada berkaitan dengan mana2 agensi atau syarikat. Ianya adalah milik Group FB Pendang. 8. Tempoh peraduan adalah SEBELUM SEPAK MULA PERLAWANAN tersebut. 
9. Keputusan pemenang adalah MUKTAMAD.

SIAPAKAH PEMENANGNYA ? TUNGGU SEHINGGA HABIS PERLAWANAN.

Jambatan di Tokai Boleh Digunakan



Ambil gambar sebelah malam plak. 
Time ni jambatan dah boleh digunakan. Tak perlu lagi tunggu keretapi lalu.
Naik jambatan tu ja, sampai seberang sana. Tapi kena berhati-hati la.
Depan sana ada simpang. So, berhati-hati di jalan raya.
Anda pasti dapat mengubahnya.

Untuk ahli group FB Pendang

Pekan Jumaat di Kilang Kecil Pada 02 Mac 2012



Sempat ambil gambar 1 ja. Nak ambil banyak-banyak tak pandai.
Untuk ahli Group Facebook Pendang.

Pemenang Peraduan Teka Skor Kali Pertama


Pemenang Peraduan Teka Skor Kali Pertama adalah :

Midzie Saari

TAHNIAH!!
 

Selamat Datang

Pihak GFB Pendang Mengalu-alukan Kedatangan Anda Semua Ke Blog Ini. Blog Ini Bertujuan Untuk Memberi Ruang Kepada Sesiapa Yang Ingin Iklan, Komen Dan Sebagainya.

Tolong Klik Iklan Nuffnang

Admin GFB Pendang


Klik pada nama yang ingin anda kenal.
Akan terpapar Facebook Admin tersebut.