Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 30 Ogos 2012

Jamuan Raya GFB Pendang 2012


Terima kasih kepada semua rakan-rakan GFB Pendang dan orang ramai yang sudi hadir memeriahkan Jamuan Raya Group Facebook Pendang. Jamuan Raya ini dibuat pertama kalinya pada tahun ini dengan Makanan dan Minuman yang disediakan disumbangkan oleh admin-admin dan ahli-ahli Group Facebook Pendang.

Sambutan Jamuan Raya GFB Pendang dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah yang disumbangkan oleh ahli GFB Pendang. Tahniah kepada 10 pemenang cabutan bertuah pada jamuan raya tersebut.
Jamuan raya juga diserikan lagi dengan sumbangan duit raya dari 3 ahli GFB Pendang kepada kanak-kanak yang hadir pada jamuan tersebut. Ternyata berbaloi dengan anjuran jamuan raya kali ini. 

Semoga jamuan ini bukan kali pertama dan terakhir dianjurkan oleh GFB Pendang. Kita juga mengharap lebih ramai lagi rakan-rakan GFB Pendang turut serta bagi memeriahkan Jamuan Raya akan datang. InsyaAllah. Semoga Hari Raya kali ini memberi keceriaan dan kebahagian kepada rakan-rakan GFB Pendang. Terima Kasih.. Terima Kasih.. Terima Kasih..

Berikut adalah ucapan dari Tok Ketua, Midzie Saari 

Assalammualaikum.. wbt.. bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya kita semua dapat berjumpa pada majlis jamuan hari raya kali pertama gfb pendang.. disini ingin saya ucapkan ribuan trima kasih kepada semua tetamu yang hadir iaitu rakan2 gfb pendang sekalian,terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya berucap pada petang ini.. disini ingin saya memperkenalkan asal usul dan tujuan gfb pendang ini di adakan,gfb pendang ditubuhkan oleh admin Syam Syun pada tahun 2011 dan kini berusia dalam setahun lebih,pada mulanya tujuan asal hanya untuk menyatukan rakan2 di pendang sahaja dan untuk suka2,saya pun pada mulanya tak tahu pun siapa yang tubuh dan saya aktif komen2 dan memberi info untuk gfb pendang sehinggalah saya sedikit sebanyak mengenali rakan2 di pendang ni dengan lebih rapat,berterima kasih jugak kepada rakan gfb kita yang mencabar admin2 gfb pendang supaya menubuhkan lembaga admin untuk menyusun atur gfp pendang ni bukan sekadar rakan di alam maya sahaja,banyak aktiviti2 yang telah adakan sejak lembaga admin ditubuhkan dan memdapat sokongan padu dari rakan2 gfb..kita telah mengadakan perjumpaan admin2 dan rakan2 gfb,kita juga menganjurkan pertandingan bowling persahabatan yang memdapat sambutan sangat meriah di ct plza a.setar,kita juga menganjurkan perlawanan badminton sehingga menjadi rutin pada setiap hari isnin tiap2 minggu kita akan turun ke gelanggang untuk bermain sambil mengeratkan silatulrahim,pada bulan ramadan baru ni kita mengadakan jamuan berbuka puasa gfb pendang dan group kita telah disiarkan dalam akhbar sinar harian,kita tidak melupakan rakan2 kita yang tak dapat mengikuti aktiviti luar gfb pendang,kita mengadakan peraduan2 terutama sekali peraduan teka score yang menawarkan sedikit hadiah untuk memeriahkan gfb pendang kita,dalam sedar tak sedar kita sudah sampai ketahap ini satu tahap yang amat membanggakan kerana group facebook pendang dari group komuniti alam maya telah berjaya menyatukan seluruh warga pendang dan rakan2 kita yang luar dari pendang pun ada turut memberi sumbangan besar kepada gfb pendang kita selama ini.. bersesuain dengan tema kita "we want to be friends,not just a comment" atau lebih mudah lagi..KITA NAK BERKAWAN,BUKAN TAKAT KOMEN,.. DENGAN INI SAYA SUDAHI UCAPAN SAYA DENGAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA GFB PENDANG.... SAYA DAN RAKAN2 ADMIN SEMUA MENYUSUN JARI MEMEHON MAAF KEPADA SEMUA ANDAI KATA SELAMA INI KAMI MELAKUKAN KESALAHAN,TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH..TERIMA KASIH... Assalamualaukum...wbt..

Berikut adalah gambar sekitar Jamuan Raya GFB Pendang







Untuk lihat galeri gambar Jamuan Raya GFB Pendang, anda boleh layari Facebook
https://www.facebook.com/groups/pendang/ <--- Join Group ini kemudian

Sekian, terima kasih



 

Selamat Datang

Pihak GFB Pendang Mengalu-alukan Kedatangan Anda Semua Ke Blog Ini. Blog Ini Bertujuan Untuk Memberi Ruang Kepada Sesiapa Yang Ingin Iklan, Komen Dan Sebagainya.

Tolong Klik Iklan Nuffnang

Admin GFB Pendang


Klik pada nama yang ingin anda kenal.
Akan terpapar Facebook Admin tersebut.