Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 28 April 2012

Pantun Terbaik, Hadiah Topup RM10 dan RM5 Untuk Pemenang

Mahadzir Hashim Pantun terbaik hadiah t.up 10. Kedua 5rgt. Sbb payah sikit kita tutup penyertaan pd Ahad 8 mlm. Pemenang akn dipilih sndiri olh ahli group dgn cara voting. Tapi sya ketua juri lee.. Dimulakan


Antara pantun yang dipost oleh ahli ialah :-


Pakndak Kt waktu pagi mengetam padi... padi di tanam di tanah rata... jangan diharap setianya hati... boleh berubah sekelip mata.


Pakndak Kt hendak belayar ke pulau sembilan... pakai dayung kayu jati... memang benar kata bidalan... ikut hati membawa mati.


Syam Syun burung kenari terbang tinggi, singgah sebentar di pohon durian, kalau sudah berkenan di hati, jangan disimpan dihati tuan..


Umi Solha Abu Hanifah Syam Syun: singgah sebentar di pohon durian, sebelah durian ada pulasan, bukan sengaja disimpan perasaan, takut hamba bertepuk sebelah tangan


Midzie Saari pulau tuba banyak perahu,perahu pula dikatakan sampan.
belum cuba manakan tahu,jangan pula lama disimpan.



ShiMa Azlan Jgn selalu simpan dhati..nnti idup tidak keruan..luah kn saja bru lega nnti..salam jmaat bwt teman teman..


Pakndak Kt pintal pintal tali belati... hendak mengikat pohon tembusu... siat sekali tali jerami...kita sudah berkenan di hati... orang di sana diam membisu... bikin bungkam hati kecil ini.


Syam Syun Setiap pagi sarapan pagi, Sarapan pagi di kedai kopi, Sudikanlah saudari berkenan di hati, sebagai kawan dan sahabat sejati. <-- boleh tera tu..... haha


Umi Solha Abu Hanifah hendak mengikat pohon tembusu, siat sekali tali jerami, tersilap siat tercucuk semalu, bukan niat diam mebisu, bukan hasrat menggundahi hati, takut diri menanggung malu


Midzie Saari mencari kayu membuat hulu,hulu pula menjadi sejarah,
janganlah tuan merasa malu, sudi nya tuan memberi meriah.



Pakndak Kt tersilap siat tercucuk semalu... darah menitik sampai ke senja... jangan puan bersa malu... hidup kita pasti bahagia.


Pakndak Kt anak cina mendaki bukit... kerana hendak menanam kundur... kasih kekanda bukan sedikit.... kalau boleh mati sekubur.


Pakndak Kt banir diikat dengan jerami... siat sekali jangan terbelah... walau petir membelah bumi... niat di hati adinda jangan berubah.


Umi Solha Abu Hanifah terjerat seekor dipukat rawan, diberi bersarang dalam taman, mana sahaya tahu apa dihati tuan, ikhlas tuan sahaya kenang berzaman


Syam Syun Burung Kenari diatas perigi, bermain-main sambil melawan, niat dihati makan kfc, bila la Ieraszz Iera nak ajak makan... <-- boleh tera tu... "like" kan


Mahadzir Hashim Tersasar bahasa hamba,kesisi hamba melutut,dimaafkanlah hamba,bukan dihati ada maksud


Umi Solha Abu Hanifah terkasar bahasa tersilap bicara, adat biasa percakapan mulut, niat hamba bergurau cuma, tiada berbekas tiada berparut


Syam Syun buka internet di kedai buku, ajak bersama Midzie Saaridan Shaiful Akmal waktu petang, niat dihati nak kumpulkan geng facebook, untuk kemajuan GFB Pendang. <-- boleh tera tu ? "like"


Rosni Ani buah larat masak merah, buah keranji dlm perahu,hati didalam luka berdarah,tiada siapa yg ambik tahu...


Iema Wanshafie Mulanya duka menjadi lara,
Teman tiada hanyalah sendu;
Bila GFB Pendang mula menyapa,
Itulah tanda kita bersatu.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.



Mahadzir Hashim Umi Solha Abu Hanifah,
Gelang emas sigelang suasa
Limau manis tampak bersari
Sopan bahasa cantiknya rupa
Ditengah majlis nampak berseri



ShiMa Azlan pegi kedai bli nangka..
beli ntk buat gulai..
syg awek bpada pada..
jgn tlampau sgt mmbelai...



Mohammad Ridzuan Yahya Malam in makan kenduri
Menu laksa dgn bihun
GFP Pendang bersatu hati
Teka teki sampai bingun



Shaiful Akmal Pergi mengejar kerbau balar,
Hendak disembelih buat korban,
Ketika belajar kita belajar,
Jangan ikut bisikan syaitan.



Shaiful Akmal Pantun tak hilang pada serinya,
Jika boleh kita hayati,
Kasih ku tidak semasa berada,
Kasih yang luas tidak bertepi.



Shaiful Akmal Buah ceri buah kuini,
Jangan lupa pisang rastali,
Apa dicari ada disini,
Pandai-pandailah untuk mengenali.



Mahadzir Hashim Shaiful
Dimalam hari pasang kemiyan
Ditengah rmh pasang pelita
Klau hati sudah berkenan
Ku pujuk ku bomoh ku ambil juga



Shaiful Akmal <Mahadzir Hashim>
Kucing comel si kucing jalanan,
Mari mengorat si kucing dara,
Dimuka buku kita berkenalan,
Mengerat silaturrahim bertegur mesra♥



Dan banyak lagi..... 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Selamat Datang

Pihak GFB Pendang Mengalu-alukan Kedatangan Anda Semua Ke Blog Ini. Blog Ini Bertujuan Untuk Memberi Ruang Kepada Sesiapa Yang Ingin Iklan, Komen Dan Sebagainya.

Tolong Klik Iklan Nuffnang

Admin GFB Pendang


Klik pada nama yang ingin anda kenal.
Akan terpapar Facebook Admin tersebut.