Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 28 Julai 2012

KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN


KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Soal makan dan minum seseorang itu apabila dia dengan sengaja membatalkan puasanya tanpa sebab yang diterima dalam Islam.
Perlu diketahui sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja bukan atas faktor keuzuran seperti mengeluarkan air mani dengan sengaja, merokok dan makan serta minum, dia dilarang untuk terus bebas melakukan perkara lain seperti makan dan minum dan perkara lain ang dikira boleh membatalkan puasa. (Fiqh-as-Siyam Al Qaradawi).

Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Individu yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan Rasululah SAW , malah bercanggah dengan sunnah baginda. Sahur itu sendiri daripada sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam dan ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 malam.(Awnul Ma’Bud, 4/469).

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia satu kesilapan yang maha besar.
Memang solat bukan syarat sah puasa tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, sengaja ponteng sembahyang menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi kurus kering.

Menganggap waktu Imsak sebagai lampu merah bagi sahur.
Ini kerana waktu Imsak sebenarnya hanya lampu amaran kuning yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukan waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, jangan ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk Imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari ini. Waktu yang disepakati ulama bagai waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 278)

Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan, hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu adalah ibadat adalah sangat lemah. (al-Jami’ as-Soghir, Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

Malas dan tidak produktif dalam kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pati menambahkan pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperbanyakkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya pada bulan Ramadan.

Wanita melakukan solat terawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ramai wanita walaupun sikap bertelekung ke masjid tidak menyedari mereka mendedahkan aurat apabila kerap menaikkan kain sehingga menampakkan bahagian kaki ketika berjalan dan naik tangga masjid di depan jemaah lelaki. Tatkala fadilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi daripada mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman-Pensyarah Perbankan Dan Kewangan Islam UIAM.



 

Selamat Datang

Pihak GFB Pendang Mengalu-alukan Kedatangan Anda Semua Ke Blog Ini. Blog Ini Bertujuan Untuk Memberi Ruang Kepada Sesiapa Yang Ingin Iklan, Komen Dan Sebagainya.

Tolong Klik Iklan Nuffnang

Admin GFB Pendang


Klik pada nama yang ingin anda kenal.
Akan terpapar Facebook Admin tersebut.