Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 28 Julai 2012

KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN


KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Soal makan dan minum seseorang itu apabila dia dengan sengaja membatalkan puasanya tanpa sebab yang diterima dalam Islam.
Perlu diketahui sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja bukan atas faktor keuzuran seperti mengeluarkan air mani dengan sengaja, merokok dan makan serta minum, dia dilarang untuk terus bebas melakukan perkara lain seperti makan dan minum dan perkara lain ang dikira boleh membatalkan puasa. (Fiqh-as-Siyam Al Qaradawi).

Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Individu yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan Rasululah SAW , malah bercanggah dengan sunnah baginda. Sahur itu sendiri daripada sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam dan ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 malam.(Awnul Ma’Bud, 4/469).

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia satu kesilapan yang maha besar.
Memang solat bukan syarat sah puasa tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, sengaja ponteng sembahyang menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi kurus kering.

Menganggap waktu Imsak sebagai lampu merah bagi sahur.
Ini kerana waktu Imsak sebenarnya hanya lampu amaran kuning yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukan waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, jangan ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk Imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari ini. Waktu yang disepakati ulama bagai waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 278)

Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan, hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu adalah ibadat adalah sangat lemah. (al-Jami’ as-Soghir, Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

Malas dan tidak produktif dalam kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pati menambahkan pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperbanyakkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya pada bulan Ramadan.

Wanita melakukan solat terawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ramai wanita walaupun sikap bertelekung ke masjid tidak menyedari mereka mendedahkan aurat apabila kerap menaikkan kain sehingga menampakkan bahagian kaki ketika berjalan dan naik tangga masjid di depan jemaah lelaki. Tatkala fadilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi daripada mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman-Pensyarah Perbankan Dan Kewangan Islam UIAM.



Jumaat, 27 Julai 2012

Pendang : Kabel talian TM dicuri lagi

Anggota JPAM bersama penduduk melihat kabel yang dicuri.


PENDANG - Kebanyakan penduduk dan beberapa agensi kerajaan sekali lagi terpaksa menghadapi kesukaran untuk menjalankan tugas apabila kabel talian Telekom Malaysia (TM) berhadapan rumah Pegawai Daerah Pendang dekat Jalan Sungai Tiang di curi awal padi, semalam.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu menyebabkan aktiviti kira-kira 300 penduduk dan 10 agensi kerajaan terjejas melibatkan beberapa kawasan antaranya Kampung Belakang Pendang, Banggol Petai, depan Sekolah Kebangsaan Pendang dan beberapa kawasan lain berhampiran.

Turut difahamkan agensi sekitar kawasan terbabit seperti Jabatan Penerangan Malaysia, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Lembaga Kemajuan Kedah (Keda), Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan pejabat agama terjejas.

Penduduk, Wan Salleh Ismail, 56, yang tinggal berdekatan tempat kejadian berkata, dia terdengar bunyi enjin motosikal kuat di hadapan rumahnya, namun tidak menyangka kabel talian itu dicuri memandangkan ia baru sahaja diganti selepas dicuri awal bulan ini.

“Saya bangun untuk menunaikan solat bersama isteri dan tidak terdetik pula membuka pintu rumah untuk melihat. Pagi ini baru saya tahu kabel itu dicuri apabila anggota JPAM sedang melihat kabel yang dicuri di hadapan rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Pendang, Mohd Izuddin Inus Meah berkata, kejadian itu kali kedua berlaku sehingga menyebabkan talian kecemasan 999 di jabatan itu gagal beroperasi.

“Kecurian ini begitu menjejaskan tugas JPAM dalam menjalankan tugas terutamanya berkaitan hal kecemasan seperti kemalangan, kes sakit dan sebagainya sehinggakan ada penduduk yang datang sendiri ke pejabat.

“Saya berharap agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera demi memudahkan tugas pelbagai agensi dan memudahkan perniagaan penduduk yang ada bergantung kepada perniagaan dalam talian,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian menghubungi TM Kota Setar untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kejadian itu, namun individu yang berhak mengeluarkan kenyataan sedang menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur.

Sumber : Sinar Harian



Tempahan Dibuka Sekarang, Ikan Terubuk, Kek Lapis dan Cadburry N Cheese


UNTUK RAKAN-RAKAN 
DI PENDANG DAN SEKITARNYA

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG
IKAN TERUBUK, KEK LAPIS DAN CADBURRY N CHEESE
SEBELUM 13 OGOS 2012

 Untuk tempahan, 
hubungi Facebook Nurul Izzati Rahmat

Galeri gambar, sila klik sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.506457632704580.133472.100000210446436&type=3

Open order until 13/8 untuk Hari Raya,selepas raya,,anytime =) tapi perlu tambah postage ..Harga ada di setiap gambar..sesiapa mahu,,pm disni, pada 17/8 saya akn delivery di office =)

sesiapa yang mahu ikan terubuk masin, juga boleh diorder,,insyaALLAH next week boleh dapat sbb akn post awl,,mungkin nk mkn time bulan puasa =) after raya pun boleh open oder lagi yerr,,

ikan terubuk size s rm8 (belum termasuk postage)

Rabu, 25 Julai 2012

Bayaran Bonus 1/2 Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam Tahun 2012




HEBAHAN TERKINI:
Bayaran Bonus Setengah Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam dan
Bayaran Khas RM500 Kepada Pesara Kerajaan

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia





Selasa, 24 Julai 2012

Live Streaming , Malaysia vs Arsenal @ 24 Julai 2012 ( SELASA )



‎=> Malaysia XI Vs Arsenal <=
24/7/2012 | Selasa
9.30 Malam
Live Astro Arena 801
Live Streaming :



Siri Jelajah Asia : Arsenal vs Malaysia , 24 Julai 2012 Jam 9.45 malam


Selepas sembahyang terawih, boleh layan bola.
Siapa yang tak pi terawih, layan ja.
Berapa keputusannya nanti ? Jom teka di bawah ni. Login FB untuk teka.



Petua Hilangkan Rasa Dahaga Ketika Berpuasa


Terima kasih kepada Mohammad Ridzuan Yahya sudi share petua ni.
Semoga rakan-rakan kita cuba amalkan petua ni.
Betul atau tidak, jom buat dulu.. Kita komen kat sini.



Perempuan Neraka (Cerekarama TV3)


Perempuan Neraka (Cerekarama TV3)

Tarikh tayangan :
21.Julai.2012.Di TV3 jam 10 malam slot Cerekarama.
Pelakon2nya adalah Fizz Fairuz,Sherie Merlis,Ika Nabilla dan Aeril Zafril.


Apa perasaan anda setelah menonton Cerekarama ini ?
Jom share di sini.





Ahad, 22 Julai 2012

Elakkan Main Mercun Bola



TV sekarang ni sibuk dengan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut.


TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam.  Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun. 


OK, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen. 
Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.

MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS.
PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP. 

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :
1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP. MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!! 
BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!! 





ELAKKAN BERMAIN MERCUN BOLA




Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H ( Seluruh Malaysia )


Semoga dapat membantu anda yang sedang tercari-cari kadar zakat fitrah tahun 2012

Sabtu, 21 Julai 2012

Iklan Ramadan / Hari Raya Khairul Fahmi bersama 100PLUS


Kenal tak siapa dalam gambar ni ?
Video ni jumpa dalam youtube.
Layan.... Terbaik dari Keeper Negara . Khairul Fahmi Che Mat



Jom Bagi Ucapan Salam Ramadhan Kepada Rakan-Rakan GFB Pendang



Page Ini Dibuka Kepada Semua Rakan-Rakan GFB Pendang Dan Juga Pengunjung Blog Ini.
Anda Boleh Kirim Ucapan Melalui Id Facebook Atau Id Googe Mengikut Kesesuaian Anda.
Kami Memohon Ucapan Tersebut Tidak Menyindir, Mengata, Atau Menyakiti Hati Pihak Lain.

Sekian, Terima Kasih.


Niat Puasa Esok Hari Dan Niat Puasa Sebulan

Klik Pada Gambar untuk kelihatan lebih jelas

Sumber dari google.com



Penjimatan Kos



Seorang Boss membuat mesyuarat tergempar dengan pekerja-pekerjanya:

Boss : Oleh kerana masalah kegawatan ekonomi, saya memanggil anda semua untuk membincangkan bagaimana untuk mengurangkan kos syarikat ini.Ada sebarang idea?

Syam : (sambil angkat tangan dengan pantas) Potong gaji boss!



Jumaat, 20 Julai 2012

NO TELEFON BALAI POLIS DAERAH PENDANG



Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang 
Polis Diraja Malaysia
Jln Pekan Pendang,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman

Telefon : 04-7596222
Faks : 04-7598391
Emel : kpdpendang@rmp.gov.my

----------------------------------------
Balai Polis Sungai Tiang
Polis Diraja Malaysia
Felda Sungai Tiang,
06750 Pendang,
Kedah Darul Aman

Telefon : 04-7541255
Faks : -
Emel : kpb_sgtiang@rmp.gov.my 

----------------------------------------
Balai Polis Kubur Panjang
Polis Diraja Malaysia
06700 Pendang,
Kedah, Darul Aman

Telefon : 04-7846222
Faks : -
Emel : kpb_kpanjang@rmp.gov.my

----------------------------------------
Balai Polis Bukit Jenun
Polis Diraja Malaysia
06720 Pendang,
Kedah Darul Aman

Telefon : 04-7596853
Faks : -
Emel : kpb_bktjenun@rmp.gov.my

----------------------------------------
Pondok Polis Sungai Durian 
Telefon : 04-7542421
Faks : -
Emel : -

********************************************
Sumber :- https://www.rmp.gov.my/direktori/direktori-pdrm/kedah/pendang

Dari GFB Pendang, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami untuk semua.
Jika ada salah silap, harap dimaafkan.  
Bertegur lebih baik dari berdiam. 
Terima Kasih Semua.



Kuliah Ramadhan, Kampung Bukit Jagong, Pendang Kedah

KULIAH RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Rahim
Pengajian Talaqqi Kitab Saheh Bukhari - Bab Puasa
Bermula 1-29 Ramadhan 1433 / Jam 3.00 - 5.00 Petang
Di Mujamma' Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Kg. Bukit Jagong, Pendang Kedah

Sumber Rakan GFB : - Asyrafful Shafiq Mohd Ariff



Gambar Perlawanan Badminton Pada 19 Julai 2012















Khamis, 19 Julai 2012

Perlawanan Badminton Pada 19 Julai 2012 Di Dewan Cina Tanah Merah. Hadiah Misteri Menanti Pemenang



Perlawanan Badminton di Dewan Cina Tanah Merah, Pendang.
Format Perlawanan ( Liga ). 
1 perlawanan sahaja untuk setiap perlawanan.
Beregu dipilih secara Undian. 
Bayaran RM5.00.

Hadiah Misteri menanti PEMENANG Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

Tarikh : 19 Julai 2012 Masa : 4.00 Petang

Diminta semua pemain hadir awal untuk pengudian. Sekian harap maklum.



Rabu, 18 Julai 2012

Klinik 1Malaysia di Pekan Tanah Merah, Pendang




Sumber dari Rakan GFB Pendang :- SyauQi Beverly




Keratan Akhbar : Tidak Minum Ais Rahsia Umur Cecah 100 Tahun

PENDANG - Walaupun berusia 100 tahun, namun Che Ah Bakar dari Kampung Alor Mengkuang dekat sini, tidak menghidap sebarang penyakit dan masih mampu bertutur dengan baik serta bergurau senda dengan sesiapa yang menemuinya berbeza dengan rakan dan warga emas lain apabila meningkat usia.

Che Ah mengakui dia tidak menghidap apa-apa penyakit sejak usia muda, walaupun ketika usia itu dia bekerja kuat sebagai petani, namun dirinya tidak pernah rasa sakit di usia emas malah dirinya semakin kuat.

Che Ah ketika ditemui di rumahnya mengakui rahsia dia kekal sihat adalah kemungkinan dia tidak minum apa-apa minuman sejuk atau berais memandangkan dirinya tidak serasi dengan minuman air itu melainkan minuman panas sahaja.

“Saya hanya minum air kopi panas dan minuman lain yang panas sahaja sejak kanak-kanak dan sering makan ulam-ulaman ketika muda.

“Saya bersyukur kerana ALLAH SWT memanjangkan usia saya sehingga kini, walaupun terdapat seorang ahli keluarga saya dahulunya pernah berusia sehingga 105 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia mampu berpuasa penuh setiap Ramadan dan tidak mengalami sebarang penyakit ketika menjalani ibadah puasa seperti golongan muda yang lain.

Sumber : Sinar Harian Online



Selasa, 17 Julai 2012

Satey Karomi Abdullah di Medan Selera, Depan Petronas Pendang




Satey Sedap dimakan bersama timun, Betul ke ?
Apapun, inilah satey saudara Karomi Abdullah.
Dibuka pada waktu malam, kalau nak makan cari lah gerai di medan selera berhadapan petronas.
Satu Cucuk RM0.40. Harga standard la ni.
Untuk tempahan, sila mesej di Facebook :- 





Isnin, 16 Julai 2012

Tahukah Anda ? Mengorek Telinga Menyebabkan Kurang Pendengaran


Salam sahabat disini sy sediakan info tentang masalah yg kita mungkin hadapi. Harap info ini dapat membantu pada yg bermasalah. Namun begitu itulah dia fitrah nya yg telah Allah siapakan dan perlengkapkan dalam tiap2 tubuh badan masing. Jika diganggu maka kita secara tak langsung telah mengganggu proses yg telah Allah swt ciptakan dalam tubuh badan manusia itu sendiri..

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita. Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.

Kedua-duanya digunakan oleh mereka bertujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Tanggapan Salah

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Ia bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam. Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin Telinga

Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.

Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). Saluran telinga juga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.

Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga.
Tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

Kesan Mengorek Telinga

Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai 'tahi' itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.

Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Jumlah yang dihasilkan amatlah sedikit. Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk 'menyapu keluar' lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.

Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita. Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar konduktif (conductive hearing loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.

Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga. Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Kurang Dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.

Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.
Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka.
Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.
Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja). Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut.

Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.
Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang.


Sumber : Facebook

Perpustakaan Awam Pendang





Perpustakaan Daerah Pendang.
Ianya terletak di Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Perpustakaan Daerah Pendang ini,

D'Jiwa Motel Di Pendang


D'Jiwa Motel@Pendang

Ini adalah Motel di Daerah Pendang.
Ianya berdekatan dengan Bank Tabung Haji.
Bersebelahan dengan Agensi Pelancongan, Pakej Haji & Umrah Multaqa Al-Iman.
Untuk sebarang lanjut, boleh hubungi di talian :- 
No. 164, Jln Sukamari Pekan Baru Pendang,
06700 Pendang,
Kedah
Tel: 04-759 3925

Tahukah Anda ? Dulu Pasaraya Pendang, Sekarang dah jadi BSN.


Dulunya Pasaraya Pendang ni adalah salah sebuah Pasaraya yang paling top di Pekan Pendang.
Sekarang Pasaraya Pendang dah tukar Lokasi di Taman Bahagia dan Taman Wawasan.
Kini, tapak Pasaraya Pendang ini telah diambil alih Bank Simpanan Nasional ( BSN ).

Tahukah Anda? Dulu Pacific, sekarang dah jadi 7-Eleven.


Lokasi sebelah KFC Pendang.
Dulunya Pacific, sekarang dah jadi 7-Eleven.
Tak pasti kat mana tempat ni ?
Dekat dengan Pasaraya Kota.

Ahad, 15 Julai 2012

Pasukan-Pasukan Merebut Piala Malaysia 2012

Lengkap 16 Team yg akan merebut kejuaraan Piala Malaysia 2012
Sepakmula pada 28.08.2012
1.Kelantan
2.Lions
3.Selangor
4.Perak
5.TERENGGANU
6.Negeri Sembilan
7.Pkns
8.T-TEAM
9.Johor Fc
10.Felda United
11.Sarawak
12.-> KEDAH <-
13.Atm
14.Pahang
15.Sime Darby
16.Johor

Ahad, 8 Julai 2012

Badminton : Aktiviti Mingguan GFB Pendang Pada Hari Isnin


Anda semua dijemput hadir untuk bermain badminton pada hari tersebut.
Bayaran Rm3 seorang akan dikenakan untuk membayar sewa gelanggang badminton dan selebihnya untuk membeli bulu tangkis ataupun riket.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari group facebook pendang di 

Peluang Kerja Di KLIA


Jumaat, 6 Julai 2012

Jambatan laluan Pendang ke Langgar runtuh




PENDANG – “Bunyi dentuman kuat sungguh,” kata seorang saksi kejadian jambatan yang menghubungkan Pendang ke Langgar runtuh petang semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu mengejutkan orang ramai sekitar kawasan itu apabila jambatan yang menjadi jalan alternatif untuk ke Pendang dan Langgar itu tiba-tiba runtuh sehingga laluan itu terpaksa ditutup dan diawasi oleh pihak polis.
Saksi, Ahmad Farizal Md Noor, yang berniaga kedai makan berhampiran jambatan itu berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik air dan terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat dari luar kedainya.
“Selepas sebuah lori membawa muatan dari arah Pendang ke Langgar melalui jambatan itu tiba-tiba bunyi dentuman kuat menyebabkan saya segera keluar dan mendapati jambatan itu runtuh selepas lori itu lalu namun bersyukur tiada kemalangan jiwa. Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku selepas 25 tahun berniaga di sini kerana sebelum ini hanya kemalangan maut sahaja yang berlaku di atas jambatan itu,” katanya.
Ahmad Farizal berkata, sejak tol Pendang dibuka, laluan itu merupakan laluan yang sering digunakan oleh pemandu lori untuk mengelak tol dan laluan itu lebih cepat terutamanya untuk ke Langgar dan Alor Setar kerana jarak dari kawasan itu ke Tol Pendang kira-kira 12 kilometer.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan kejadian mendapati pengguna jalan raya terpaksa berpusing menggunakan laluan lain setelah polis menutup laluan itu kira-kira jam 4 petang.

Sumber : Sinar Harian Online 20 Mac 2012

Pemandu lori maut, 2 cedera kemalangan

PENDANG — Seorang pemandu lori maut apabila lorinya terbabas dan terbalik serta dirempuh kenderaaan lain di Km54.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, A. Krubakar, 27, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sejurus mendapatkan rawatan kecemasan.

 Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, ASP Nik Mohd. Razali Husin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang dari Arau, Perlis ke Pulau Pinang apabila lorinya terbabas lalu terbalik di lorong kiri lebuh raya.

"Lori itu dikatakan berpusing ke arah bertentangan menyebabkan mangsa dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 52 tahun yang dalam perjalanan ke Kulim. Bagaimanapun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.— BERNAMA


Sumber : Kosmo Online 5 Julai 2012

Jom Berbelanja Di Pendang

Kedai Makanan Dan Minuman
Pelbagai Kedai Makanan Dan Minuman Di Pendang.

Burger
Pelbagai Stall Burger Di Pendang. Banyak Pilihan Anda Untuk Menikmati Burger Di Sini.

Kedai 24Jam
Kedai Untuk Anda Membeli Tidak Kira Waktu Mana Pun. 24Jam Untuk Anda. Tak Perlu Pergi Jauh.

Kedai Perabot
Kedai Perabot Banyak Di Pendang Dan Harganya Berpatutan.
Terpulang Kepada Anda Untuk Membuat Pilihan.

Kedai Servis Kereta
Banyak Kedai Servis Kereta Di Daerah Pendang.
Jika Anda Ingin Servis Kereta, Pilihlah Kedai Yang Letak Harga Berpatutan.

Kedai Servis Motor
Banyak Kedai Dibuka Sekarang Untuk Servis Motor.

Kedai Dobi
Kepada Sesiapa Yang Nak Cuci Baju Atau Sebagainya Berkaitan Dobi, Klik Sini.

Pasaraya
Pasaraya Juga Tumbuh Bagaikan Cendawan. Banyak Pilihan Untuk Anda.

Kedai Pakaian
Dulu Kena Pergi ALor Setar Atau Sungai Petani, Sekarang Tidak Lagi. Banyak Kedai Pakaian Yang Dijual Di Daerah Ini. Jom Kita Kongsi Bersama.

Pekan Nat / Pekan Hari / Pasar Malam
Banyak Juga Pekan Nat, Pekan Hari Dan Pasar Malam Di Daerah Pendang.
Ingin Mengetahui Lebih Lanjut, Klik Sini

Isnin, 2 Julai 2012

INFO : Malaysia Diiktiraf Paling Selamat


JOHOR BAHRU - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat dalam kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, Malaysia pada masa yang sama diiktiraf sebagai negara ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat (ke-13) dan Britain (ke-14).

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.

Abdul Rahim berkata, berikutan pengiktirafan itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Sumber : Yahoo Group

APA KOMEN ANDA DENGAN KENYATAAN DI ATAS ? 
ADAKAH MALAYSIA SELAMAT ?
 

Selamat Datang

Pihak GFB Pendang Mengalu-alukan Kedatangan Anda Semua Ke Blog Ini. Blog Ini Bertujuan Untuk Memberi Ruang Kepada Sesiapa Yang Ingin Iklan, Komen Dan Sebagainya.

Tolong Klik Iklan Nuffnang

Admin GFB Pendang


Klik pada nama yang ingin anda kenal.
Akan terpapar Facebook Admin tersebut.