Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Jumaat, 15 Ogos 2014

16 Ogos 2014 : Program Karnival Muhabbah 2014

Program Karnival Muhabbah 2014

Tempat :
Masjid Kg. Kubang Pisang, Kubur Panjang

Pada :
16 Ogos 2014

Masa :
8.00 pagi - 11.00 malam

Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pameran & Jualan, Pertandingan Mewarna, Kuiz, Sukaneka, Ceramah Gaza, Forum Perdana dan lain-lain. 

Anjuran :
KKLW dan Haluan Malaysia Datanglah beramai-ramai.

Sumber dari rakan GFB Pendang :
Abu Kassim

Sabtu, 14 Jun 2014

PENDANG : KHIDMAT MASYARAKAT UNTUK ORANG PENDANG

Perlu wang untuk bendah anak


KHIDMAT MASYARAKAT UNTUK ORANG PENDANG. 
Ibu Perlu RM6,000.00 untuk pembedahan anak ( Rujuk Sinar Harian ).

GFB Pendang mengambil maklum perkara ini. Sebagai tanda perihatin maka dengan ini, GFB Pendang melancarkan tabung derma kilat bagi membantu keluarga tersebut untuk menampung kos pembedahan yang dihadapi oleh mereka.

Anda boleh salurkan derma tersebut dengan berjumpa salah seorang dari admin2 gfb pendang atau boleh membuat pembayaran melalui mesin deposit atau internet banking cimb. No akaun 7047570706 / Md Shamsul bin Awang. ( sila mesej ke 0175763248 untuk pengesahan derma tersebut )

Tabung ini dibuka dari 15 jun hingga 28 jun 2014. Selepas itu, wang yang dikumpul akan diserahkan kepada keluarga berkenaan. Sekian, terima kasih.

Rabu, 5 Mac 2014

Program : BOMBA Bersama Penduduk Pendang Pada 6 Mac 2014 (Khamis)

Program :
BOMBA Bersama Penduduk Pendang

Tarikh :
6.3.2014 ( Khamis )

Masa :
10.00 Pagi

Tempat :
Hadapan Balai Bomba Sukarela Pendang

Turut membuat liputan dari Media Berita ;
Harian Metro, Berita Harian dan TV9

Semua dijemput hadir.
Mohon share pada facebook anda. TQ.


Pengorbanan Seorang Ayah




Pengorbanan Seorang Ayah..

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.

Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. 

Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". 

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. 
Amin...
 

Selamat Datang

Pihak GFB Pendang Mengalu-alukan Kedatangan Anda Semua Ke Blog Ini. Blog Ini Bertujuan Untuk Memberi Ruang Kepada Sesiapa Yang Ingin Iklan, Komen Dan Sebagainya.

Tolong Klik Iklan Nuffnang

Admin GFB Pendang


Klik pada nama yang ingin anda kenal.
Akan terpapar Facebook Admin tersebut.