Latifah menunjukkan rumahnya yang daif dan menunggu masa untuk runtuh.
JENUN - Sepasang suami isteri di Kampung Banggol Sawa dekat sini masih ternanti-nanti maklum balas berkaitan permohonan Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon melalui Lembaga Kemajuan Kedah (Keda) sejak tiga tahun lalu.
Md Shukri Abd Rashid, 51, dan Latifah Chin, 46, memaklumkan bahawa mereka pernah memohon bantuan rumah daripada pihak berkenaan lebih tiga kali, namun setiap permohonan yang dilakukan masih tiada maklum balas sehingga kini.
Latifah berkata, dia merujuk perkara itu kepada pihak berkenaan memandangkan rumah pusaka yang diduduki bersama suami dan tiga anaknya semakin reput, namun jawapan yang diperoleh adalah meminta dirinya menunggu.
“Saya tidak bekerja, suami pula menoreh getah yang memperoleh pendapatan tidak menentu serta hanya mencukupi untuk perbelanjaan dua anak yang masih belajar, manakala seorang anak lagi bekerja kilang.
“Keadaan rumah pusaka yang diduduki kami sekeluarga sudah reput, kerana dimakan anai-anai dan hanya menunggu masa untuk runtuh,” katanya ketika ditemui semasa bencana ribut yang merosakkan sebahagian rumahnya baru-baru ini.
Katanya lagi, dia mempunyai tanah milik sendiri tetapi tidak mempunyai wang untuk membina rumah.
Sementara itu, Sinar Harian menghubungi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan difahamkan pihak Keda sudah menerima permohonan pasangan suami isteri itu ketika permohonan pertama dilakukan, ia gagal kerana ketika itu ada pihak lain lebih layak menerima bantuan tetapi, pihak Keda mengharapkan agar pasangan suami isteri itu dapat mengemukakan surat rayuan.
Sumber : Sinar Harian Online
KEPADA SESIAPA YANG ADA REZEKI LEBIH,
BOLEH LA TOLONG ORANG YANG DALAM KESUSAHAN
0 ulasan:
Catat Ulasan